Thursday, 13 March 2014

CARA RASULULLAH SAW MELAYAN KANAK-KANAK

Bismillahirrahmanirrahim~
Salam Jumaat. Hari yang dipenuhi dengan keberkahan dari Pecipta yang Agung. Allah Taala. Allah. Allah. Banyak sangat nikmat yang Engkau berikan. Sehinggakan hati kita dengan sendirinya akan berasa sayu dengan kasih sayang Allah. Banyak sangat nikmat Allah bagi. Nikmat apa lagi yang hendak kita dustakan? Merungut-rungut segala benda yang tak pernah kita rasa cukup.
Hari ini, aku akan bawakan cerita mengenai cara Rasullah saw melayan kanak-kanak. Alhamdulillah. Sekali lagi Allah bagi pinjam sekejap satu lagi nikmat. Sekejap. Tapi cukup untuk hilangkan sakit kepala ni. Banyak pula kerja lately ni. Assignments, openbook test, terjemah kitab-kitab ni, koko, classes and nak uruskan lemak-lemak lagi. Hihu.
Bangun saja pagi, nampak ada orang datang rumah. Lecturer datang! Waah! Dengan anak-anak dia yang comel pula! Memang best la! Dah lama tak main dengan budak-budak! Punya ralit dok main hilang sekejap semua sakit kepala. Dah tak ingat dah kerja-kerja yang banyak tadi!
Rasulullah saw pernah mengendong seorang anak dari sahabatnya. Baginda memeluk dan menciumnya dengan penuh kasih sayang. Tidak berapa lama kemudian, anak kecil tersebut terbuang najis dan terkena atas baju Baginda saw. Sahabat terus memarahi anak kecilnya sehingga menyebabkan anak kecil tersebut menangis.
Kemudian, Baginda saw mendekati sahabat tersebut lalu berkata, "Air kencing anakmu dengan mudah boleh aku hilangkan dengan membersihkannya, tapi sikap kasarmu terhadap anakmu tadi akan terus berbekas diingatannya dan sulit untuk dihilangkan". SubhanAllah. SubhanAllah. SubhanAllah. Hati ini terdiam seketika. Ingin sekali melihat dengan mata sendiri perilaku Rasulullah saw.
Rindunya dengan Sumayyah. Nama pelat or manja dia, Anyah. I used to be a baby sitter for a while after Form 6. Bila dah jauh dengan budak ni, selalu sangat mimpi.
pakai purdah la pula ..huhu

No comments:

Post a Comment