Saturday, 15 March 2014
KAWAN TERBAIK AKU
Bismillahirrahmanirrahim~
Alhamdulillah. Walaupun Allah bagi nikmat itu sekejap tapi aku masih merasai nikmat itu sehingga sekarang. Walaupun tiada depan mata. Allah....Tuhan Pencipta sekalian alam. Tuhan yang memberi bermacam-macam nikmat. Kadangnya membuat aku menangis. Aku tidak pandai dalam berkarang untuk membawa sekelilingku betul-betul merasai nikmat yang amat aku syukuri. Aku cuma tulis apa yang ada dekat hati dan dalam fikiran ini saja.
Sungguh, aku merindui dia seorang sahabat.
Ha..tajuk entry macam dah tajuk anugerah dah. Teringat waktu mula-mula kenal dulu. Nampak otai budak ni. Haha. Dengan nada yang serius, dia berkata kepadaku, "Budak-budak sekolah sini semua hebat-hebat belaka. Budak-budak sini semua baik-baik. Pandai-pandai. Jadi, kita kena jadi macam diorang la. Kat sini la tempat kalau ko nak berubah jadi budak baik."
Aku yang boleh dikatakan budak baru masuk pon dengar la kata-kata dia dengan penuh kagum. Mata jadi kecik tetiba dan kepala terangguk-angguk. Konon-konon faham la macam tu. Huhu. Aku tengok dia bukak buku. Ekonomi. Kelas tak start lagi. Baru orientasi. Tapi dah buka buku dah. Aku pon tambah-tambah kagum la. Hahahahaha. Kat sekolah ni, semua pelajar bergerak mengikut warna rumah masing-masing. Aku rumah Merah. Tapi orang tak panggil rumah merah kat sini. Maknanya, kalau orang tanya, "Kau rumah apa?" Jangan la pula cakap rumah merah. Cakap la rumah Omar. Kalau tak memang kena gelak. Tapi kena gelak dalam hati la. Budak sana kan baik-baik. Hahaha. Ofkos la aku pernah cakap, "Saya rumah merah". Hahaha. Budak baru kan? :p
So, aku dengan Amal ni satu rumah la. Nama dia Amal. Rumah Omar. Ahli-ahli yang lain Asma, Shakira, Mok, Wani. Tapi untuk entry ni aku nak cerita pasal Amal je. Hehe. Sebab dalam banyak-banyak orang, aku rapat dengan Amal. She's the best friend ever yang aku pernah jumpa. Kalau kau salah, dia akan cakap selamba saja sampai kau terasa dan sebab tu la kau nak to be better. Aku kuat emo. Haha. Aku sedar pon sebab dia. Bila aku teremo sikit. Dia akan cakap, "Kau asal nak emo-emo ni?"
Bila dia cakap macam tu la, aku akan sedar dan cepat-cepat menyedarkan diri. Huhu. Dia la yang selalu bagi aku motivasi bila aku rasa sedih, malas belajar, ada prob. Dengan dia, aku tak sorokkan langsung kisah-kisah hidup aku. Sebab cara dia yang bersahaja buatkan kita akan rasa feel free to share averything.
Kalau aku teremo dengan kawan-kawan, I went straight to her. Dia akan bagi aku semangat. Dan cakap apa yang aku salah. Dia tak selalu menangkan aku. Tapi dia akan cakap apa yang terbaik untuk aku.
Dulu, pernah sekali kitorang kena panggil depan perhimpunan. Erm. Tapi kena panggil dengan cikgu disiplin and warden tak tahu la berapa kali. Mana ada student perempuan yang pernah kena panggil pergi depan kat sekolah ni. Kan aku cakap budak sekolah sini semua baik-baik. Tapi, aku rasa aku tak ada la jahat mana. Tapi tak tahu la kenapa selalu kena panggil. Hahaha. Still tak nak ngaku kan? Haha. Serius aku tak faham. Boleh nak kata tiap-tiap hari juga la dok muhasabah diri. Tapi dok tahu jugok bakpe gi buat. Sampai warden pon cakap, "Kenapa la dengan kamu ni. Tak Farahin, Amalia. Tak Amalia, Farahin. Berubah la hai~". The point is cikgu, "Kitorang pon tak tahu la hai~~~~"
Kalau nak ceritakan aktiviti-aktiviti yang aku buat dengan Amal masa dekat sekolah, memang tak terkira banyaknya. Nak cerita memang lenguh tangan cek.
Hmm...tapi, one thing yang aku pegang sungguh-sungguh, sekuat hati, seerat-eratnya. Kau mesti sedar siapa diri kau. Apa saja yang engkau buat. Kau adalah seorang pelajar. Seorang hamba Allah. Mesti belajar bersungguh-sungguh. Dapatkan result yang cemerlang. Apa yang mak ayah kau harapkan dari diri kau. And last, siapa pon kau, apapun yang kau buat, jangan lupa Allah. Dia Pencipta segala-galanya. Dia Pemberi nikmat yang kau tak akan dapat selain daripada Nya. Setiap kali dapat apa-apa daripada Nya, sujudlah mensyukuri segala pemberianNya. Selalulah berdoa agar Allah sentiasa membimbing hati kita. Mungkin suatu hari nanti, kita akan terlupa kepada Nya. Kita tak minta jadi macam tu. Tapi kita tak tahu apa akan jadi dengan diri kita akan datang. Bukan tak nak percaya dengan takdir. Tapi siapalah kita untuk tak nak meminta. Apa yang aku doa, "Semoga Allah menjaga aku. Menjaga hati aku. Selalu. Aku tak tahu apa yang aku akan jadi pada masa akan datang. Dan aku takut kalau aku terjauh dari Dia. Doa aku waktu ini untuk aku yang akan datang andai aku terjauh tanpa aku sedari. Pimpinlah aku ya Allah. Kerana aku amat lemah."
Dari jauh, aku harap Allah jagakan sahabat aku. Sungguh, aku menyayangi sahabat aku ini kerana Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment